Tuesday, December 13, 2011

SEDIH BILA KUMPULAN HIRO TERKELUAR

Bila diumumkan kumpulan HIRO terkeluar pada malam 26hb November 2011 dalam rancangan realiti tv Maharaja Lawak Mega, aku memang betul-betul sedih. Kumpulan HIRO ni ialah peserta kegemaran aku. Bagi aku mereka ni ada aura mereka yang tersendiri.

Kalau engkorang nak tau, aku pernah buat poster mereka atas kertas bersaizkan ukuran A2. Aku pun ada rakam gambar step by step, iaitu cara aku lukis dari mula hingga akhir.

Aku guna pen jenama Berol. Warna aku guna pen marker jenama Prisma. Kemudian hasil terakhir sekali aku gabungkan teknik komputer dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop untuk masukkan kesan khas. Nama kumpulan HIRO tu pulak aku construct menggunakan perisian 3D Studio Max.

Khas buat peminat senilukis & mereka yang ingin menceburi senilukis karikatur jenis kartun-potret. Jemput saksikan bagaimana aku lukis poster ini dari peringkat awal hingga peringkat akhir tanpa lakaran akar atau pencil sketch iaitu terus guna pen. Lukisan ini juga bukan hasil dari lakaran tekap yang menggunakan lightboard. Ianya dilakarkan terus ke atas kertas menggunakan pen hasil dari teknik ukuran pengamatan visual dari mata ke kertas.

Aku sangat berharap satu hari nanti MLM akan buat sistem undi masuk semula sebab bagi aku kumpulan HIRO ni memang lain dari yang lain!

Mula-mula aku lukis Zainal Abidin Hassan dulu










Lepas tu aku lukis Ropie Hiro pulak
















Kemudian aku lukis Hamdan Hiro pulak























Susulan lepas tu aku lukis wajah Ilya Hiro

















Sambungannya aku lukis "Transform MegaTGHROOOON!!"
































Penghabisan
















Setelah di scan

Warna digunakan dengan pen marker Prisma


Teks, foto & kesan khas semuanya dibuat menggunakan komputer
KUMPULAN HIRO
Dari kiri - Ilya, Hamdan, Zainal Abidin Hassan, Ropie & Megathrooon!!!


3 comments:

  1. terbaek la bra... jarang dpt peluang nengok tapak ke tapak punya proses ni..

    ReplyDelete
  2. mna nk dpt pen sketch 2??? adoi... snie payah nk jumpa...

    ReplyDelete
  3. bagus, nanti akan ku ikut step by stepnya... Terbaik

    ReplyDelete